Kontroversi stoking kalimah Allah 2024
Kontroversi stoking kalimah Allah 2024

Kontroversi stoking kalimah Allah 2024

Pada 13 Mac 2024, tular satu gambar yang menunjukkan bahawa terdapat kalimah Allah, tuhan umat Islam di Malaysia pada stoking di KK Super Mart, Bandar Sunway Piramid, Petaling Jaya. Isu ini terjadi apabila segelintir pihak cuba mencabar kesabaran umat Islam di negara ini dengan menghina kalimah suci Allah.Kes ini mendapat perhatian orang ramai dan segelintir ahli politik yang mengulas dan memberi pendapat seperti Dr. Muhamad Akmal Saleh, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Razali Idris, segelintir pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan ramai lagi. Namun, terdapat segelintir pihak cuba meredakan dan menggesa orang ramai untuk tidak membesarkan isu ini seperti Chong Sin Woon, Loke Siew Fook, Nga Kor Ming, Dato Sri Tiong King Sing, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Pemangku Sultan Johor (Tunku Mahkota Johor), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian sama berulang.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dua kertas siasatan dibuka selepas pihaknya menerima 42 laporan. Kes ini akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi stoking kalimah Allah 2024 https://www.myberitaterkini.com/2024/03/stoking-ka... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1071253... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1070989... https://majoriti.com.my/berita/2024/03/16/kk-mart-... https://www.melakahariini.my/polis-buka-kertas-sia... https://www.sinarharian.com.my/article/655468/beri... https://www.nst.com.my/news/nation/2024/03/1028871...